Jumaat, 25 Disember 2009

Hmmm… korang mesti nak tahu kan jawapan2 bagi teka teki aku ni kan? Hmm… korang mesti la kena rajin buka komen yang ada pada setiap teka teki ni…

PELIK!

Cecair apa.. bile dipanaskan akan menjadi beku???

burger ape yang mampu menjatuhkan orang??

Ahad, 22 November 2009

....titi dan jambatan....

ada seekor kancil, dia lalu kat satu titi.
lepas dia lalu , titi tu patah.
tetiba ada rusa plak nak lalu.

ape yang patah?
ada seekor gajah yang lalu kat satu jambatan.
jambatan tu kukuh sekali........
lepas tu ada semut plak lalu..
dan jambatan tu pun runtuh...
kenape jambatan tu runtuh???

haiwan teladan...........

Sabtu, 21 November 2009

teka jangan tak teka!

dalam satu kapal terbang, ada doktor, pilot, jurutera dan raja.
tetiba kapal terbang tu meletup!! BOOOM!!!!!!
antara keempat-empat manusia tu,
siapa yang tak mati??
jeng.. jeng.. jeng...
kenapa dia tak mati????


ada seorang lelaki ni,
dia duduk kat tepi pantai,
lelaki ni nampak kapal titanic kat laut tu.
tetiba ade seekor ikan paus makan kapal titanic tu..
lelaki ni pun ambil ikan paus tu dan masukkan dalam poket dia.

hmmm... sebenarnye ape yang BESAR??

mamat yang pening kepale...

hmm... kali ni aku ade teka teki yang super susah nyer... he.. hee..
gerenti pening!!!

suatu hari, mamat nak beli sepasng kasut yang berharga RM97.
mamat pinjam duit mak dia RM50.
mamat pinjam duit abang dia RM50
lepas beli kasut tu, mamat ada baki RM3.
mamat beri pada mak dia RM1. so, mamat hutang pada mak dia RM49.
mamat beri pada abang dia RM1. so, mamat hutang pada abang dia RM49.
sekarang mamat nak check balik duit tu.

mamat tambah duit yang ada pada dia sekarang iaitu RM1 dengan hutang yang masih ade
pade mak ngan abang dia.
RM1 + RM49 + RM49
=RM99


mane lagi RM1!!!!!!!!??????
kesian mamat... baik korang tolong dia...


kisah sedih hari kejatuhan islam..


april fool's day

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.



Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
amin..